Wednesday, September 22, 2010

hafizbai send you a contest invitation

22,Wednesday September 2010

infoAssalamu Alaikkum hafizbai has just joined the Alwahy Family! It is simply brilliant, so visit AlWahy today and find out why we are the first Muslim choice.

ipad
Dear hafizbai.kbmx,

AlWahy.Com is the worlds Largest Muslim Social Media created for the modern needs of the ummah.

hafizbai humbly invites you to share in creating a positive environment for people everywhere around the world.

Our services are; Search Engine, Videos, Email, Blog, SMS, Events and Many Others. You just have to get on it to find out!

If you join AlWahy today you can win a fabulous IPAD worth 500 pounds, so join today!!!

To do so, you need to register at Alwahy.com and use this promotional code below.

1b82106880

 
hafizbai.kbmx personal message:
assalamulaikum wrt...

jom bersama alwahy.com...

satu alternatif Social Network .....

juga boleh click sini utk follow saya :-)

http://alwahy.com/register?c=1b82106880
 

Tuesday, June 8, 2010

:: KBM Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin :: ( Masjid Besi Putrajaya )

assalamualaikum....

Alhamdulillah, pada 5 & 6 Jun 2010, Team KBM KL telah diberi peluang untuk mengendalikan KBM yang dianjurkan oleh Masjid TMZA ( Masjid Besi ). Seramai 179 peserta telah mendaftarkan diri.

Program ini telah dikendalikan oleh ummi Ida, Abang Din serta abang2 & Kakak2 Fasi dari KRJ KL dan dibantu oleh abang bai.

Program telah berjalan dengan lancar dan penuh selesa. Program yang ditaja oleh JAWI ini merupakan antara program penting bagi Team KBM kerana ianya melibatkan agensi2 kerajaan yang penting.

Antara komen peserta...

"KBM Is the Best "

Semoga dengan suntikan kesedaran ini akan membuahkan peluang dakwah yang lebih besar untuk penduduk di Putrajaya.

Laporan penuh, boleh layari blog KRJ Motivasi ( KBM KL )...

( http://krj-motivasi.blogspot.com/ )

Tuesday, June 1, 2010

:: Program Remaja Cuti Sekolah :: " KBM Remaja "


12022010(007).jpg

salam...

bagi para Remaja yang tinggal di PUTRAJAYA & kawasan yang berdekatan dengan PUTRAJAYA, Peluang anda untuk menjadi salah seorang dari peserta KBM bakal menjadi kenyataan, jom daftarkan diri anda segera :



Tarikh :
5 & 6 Jun 2010


Hari :
Sabtu & Ahad


Tempat :
Dewan Serbaguna, Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin
( Masjid Besi )


Yuran :
PERCUMA


Tarikh Tutup Pendaftaran :
3 Jun 2010 ( jam 6.00pm )


Hubungi  :


kak Yong  = 013-306 0673 / 017-8786582
Ummi Ida  = 019-288 2171
Abg Bai  = 019-7517051


Anjuran:

Masjid TMZA ( Masjid Besi )
JAWI
KRJ Motivasi

sebarang maklumat lanjut, layari ( http://krj-motivasi.blogspot.com/ ) atau ( http://kbm2u.blogspot.com/ )




" Perbaiki Dirimu Kemudian Serulah Pada Yang Lain ....( HAB ) "

Mohd Hafiz ( bai )
SU Kerja JKPR
Pengarah KRJ Pusat
Pengarah KRJ KL
019-7517051

:: http://hafizbaiel.blogspot.com/ ::
:: http://remaja-kl.blogspot.com/ ::

Sunday, May 30, 2010

:: KBM di SMI Al-Amin Bangi & Gombak

Salam....

Hujung minggu ini, KBM KL telah menjayakan 2 KBM iaitu di sekolah Islam Al-Amin Gombak & Al-Amin Bangi...

Alhamdulillah, abg bai telah bersama2 dalam kedua-dua buah program KBM ini...

Juga turut membantu, pak lang dari Johor yang datang ke KL semata-mata itu berKBM bersama kami...

Tahniah buat KBM KL & KRJ KL...teruskan usaha antum...

Untuk laporan lengkap...sila refer ke :

http://krj-motivasi.blogspot.com/

http://remaja-kl.ning.com/


Ok..jumpa lagi....

Monday, May 17, 2010

Sebuah Apresiasi :Sebagai Tanda Penghargaan

assalamulaikum wrt.

dikongsikan sebuah Video Clip yang dihasilkan oleh seorang Fasilitator KBM KL yang telah menyambung pengajian nya ke Mesir. Jazakallah Akhi Luqman

Wednesday, May 12, 2010

:: Sana Sini KBM :: ( Versi KL )

1. KBM di SMK Bandar Banting


Bismillahirrahmanirrahim...

Credit to Cikgu Khatab untuk gambar-gambar yang diambil dari FBnya... melainkan gambar terakhir...


Barisan Pengendali :-

KMKY : Abg Bai dan Abg Yasser
InTeam : Abg Bai
MAM I : Pak Long
MAM II : Semua Fasilitator dan Para Pengendali
Hijrah : Kak Yong dan Abg Yasser
RKSK : Ummi Ida
Pertemuan : Ummi Ida
Periba Komputer : Kak Yong, Kak Asma' dan ML
Video : Abg Chef Wan dan Pak Kay
Tukang Edit Video : Kak Yong


No Pesawat: KRJ 240410
Pramugara: Baim, Abg Man, Abg Muadz aka Abg Hadiah, Abg Dayat, Abg Atif, & Abg Muhsin
Pramugari: Kak Syu, Kak Syahid, Kak Zar, Kak Ayu, Kak Ain dan beberapa orang fasilitator dari KRJ Hulu Langat
Airport: SMK Bandar Banting
Jumlah Penumpang: 183 orang


Alhamdulillah pada 23 April sekitar jam 11.00 malam kami tiba di SMK Bandar Banting dengan 2 buah kenderaan. Ketibaan team kami disambut oleh Cikgu Aisyah dan beberapa cikgu serta ahli JIM Daerah Hulu Langat. Kami dijamu dengan sedikit santapan yang berupa mee goreng dan buah tembikai yang disajikan dengan air teh O dan teh susu. Selesai makan, sesi TOT ringkas diadakan kepada semua fasilitator yang ada ketika itu yang mana sesi ini dikendalikan oleh Pak Long dan dibantu oleh kendalian laptop dan slide Kak Yong.

Click Sini : Selanjutnya (Click )

2. KBM 170410 SMK Cheras Perdana


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

..:: Barisan Pengendali::..

KMKY: Abang Bai & Abg Din
In-Team: Kak Yong
MAM 1: Ummi Ida
MAM 2: Semua Pengendali dan Fasilitator
Hijrah: Kak Yong
RKSK: Ummi Ida
PeLaptop: Kak Aina dan ML
PemVideo: Pak Kay

No Pesawat: KRJ 170410
Pramugara: Abg Dayat, Abg Muadz, Abg Benjo, Abg Aki, & Abg Izaldin
Pramugari: Kak Hanum, Kak Izzati, Kak Nurull, Kak Atul, dan Kak Diyana
Airport: SMK Cheras Perdana
Jumlah Penumpang: 108 orang

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmatnya pada 17 dan 18 April 2010 yang lalu, team KBM Kuala Lumpur telah berjaya mengendalikan program Keindahan Bersama Mu di SMK Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Seramai 108 orang pelajar dari tingkatan 3, 4 dan 5 telah menyertai program kali ini dan terdiri dari 56 orang adik-adik sayang dan 52 orang adik-adik kasih. Untuk makluman, KBM kali ini merupakan KBM kali yang keempat diadakan di SMK Cheras Perdana.

Pagi Sabtu 17 April 2010, program dimulakan dengan slot KMKY yang dikendalikan oleh Abg Bai. Adik-adik kasih dan sayang begitu teruja dan bersemangat sepanjang slot KMKY ini. Tidak jemu-jemu mereka mendengar celoteh dari Abg Bai yang terkenal dengan trademark ”Hadiah, hadiah, hadiah...”. Setelah selesai sesi pertama dalam slot KMKY, program berhenti rehat seketika. Selepas berhenti rehat, program diteruskan lagi dengan sesi seterusnya iaitu ARMY YELL bersama Abg Din. Adik-adik sayang dan kasih dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan dikehendaki mempersembahkan army yell mereka dengan penuh kreatif dan bersemangat. Slot KMKY seperti biasa diakhiri dengan sesi sharing dari adik-adik kasih dan sayang. Program berhenti rehat seketika untuk makan tengahari dan solat Zuhur kira-kira jam 1.00 petang.


Clik sini : Cerita Selanjutnya ( Click )


3. KBM di SRI Al-Amin Kuala Lumpur


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

..:: Barisan Pengendali::..

KMKY: Abang Wan & Abg Yasser
Explore de Quran: Kak Yong
In-Team: Pak Ngah
MAM 1: Pak Long
MAM 2: Semua Pengendali dan Fasilitator
Hijrah: Abg Wan & Abg Yasser
RKSK: Pak Long
PeLaptop: Kak Yong
PemVideo: Kak Yong, Abg Wan & Abg Yasser

No Pesawat: KRJ 100410
Pramugara: Abg Dayat, Abg ’Atif, Abg Mu’az
Pramugari: Kak Aisyah, Kak Syahid dan Kak Asma’

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmatnya team KBM Kuala Lumpur telah berjaya mengendalikan program Keindahan Bersama Mu di Sekolah Rendah Islah Al-Amin Kuala Lampur, Keramat serentak dengan SMK Serendah, Rawang pada 10 dan 11 April 2010 yang lalu. Seramai 79 orang pelajar darjah 6 telah menyertai program ini dan terdiri dari 50 orang adik-adik sayang dan 29 orang adik-adik kasih.

Program dimulakan dengan slot KMKY yang telah dikendalikan oleh gandingan Abg Wan dan Abg Yasser. Namun ada kelainan di SRIAAKL di mana Abg Wan telah mendapat gelaran baru yang diberikan oleh adik-adik kasih dan sayang iaitu ATUK!. Sepanjang slot KMKY ini adik-adik kasih dan sayang begitu teruja, bersemangat dan enjoy! Setelah berhenti rehat, program diteruskan lagi dengan slot ARMY YELL. Adik-adik sayang dan kasih mempersembahkan army yell mereka dengan penuh kreatif dan bersemangat. SYABAS diucapkan! Program berhenti sebentar untuk makan tengahari dan solat Zuhur.

Tepat jam 2.30 petang, program diteruskan dengan slot Explore de Quran yang telah dikendalikan oleh Kak Yong. Adik-adik kasih dan sayang diminta menyelesaikan beberapa soalan yang memerlukan mereka merujuk kepada terjemahan al-Quran. Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan-kumpulan kecil. Selesai sahaja slot Explore de Quran, program diteruskan dengan slot InTeam yang dikendalikan oleh Pak Ngah. Alhamdulillah dengan bantuan dan kerjasama dari adik-adik kasih dan sayang, slot ini berjalan dengan baik dan memberi kesan kepada adik-adik kasih dan sayang. Dan seperti biasa di akhir slot, beberapa orang adik kasih dan sayang telah tampil untuk berkongsi pengalaman mereka.


Click Sini : Selanjutnya ( Click )


4. KBM di SMK SERENDAH::..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
In the Name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful


..:: Barisan Pengendali::..

KMKY: Kak Nina
In-Team: Kak Nina
MAM 1: Ummi Ida
MAM 2: Semua Pengendali dan Fasilitator
Hijrah: Kak Nina
RKSK: Ummi Ida
PeLaptop: Kak Aina & Abg Ama
PemVideo: Pak Kay

No Pesawat: KRJ 100410
Pramugari: Kak Nurull,Kak Atul,Kak Fatin,Kak Yus,Kak Aina,Kak Dayah a.k.a K.d, Kak Lin, Kak Asiah
Pramugara: Abg Zam,Pak Uteh,2 org Alumni Adk2 sayang SMK Serendah
Penumpang: Adik2 Kasih SMK Serendah

Alhamdulillah,setelah berkonvoi dengan 3 kenderaan pada hari jumaat 9/4/2010, akhirnya kami tiba di serendah sekitar jam 12mlm. Kami disambut oleh ummi dan pak uteh dan dibawa ke pejabat JIM Serendah. Sesi TOT (Training Of Trainers) ringkas oleh Kak Nina pada semua Fasilitator.


Click Sini : Selanjutnya ( Click )

:: Sana Sini KBM :: ( Versi Penang )

1. KBM MAKTAB RENDAH SAINS MARA K.BATAS


KEINDAHAN BERSAMA MU (VERSI REMAJA)


TARIKH : 01 & 02HB MEI 2010
TEMPAT : DEWAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA K.BATAS.
PESERTA : 205 ORG
PENGENDALI SLOT :
KMKY : abg ard & abg tam
INTEAM : kak sumi & abg long
MENITI ANGIN MALAM I : Abg zul
MENITI ANGIN MALAM II : abg ard & the geng
KINI DAN HIJRAH : abg long
LAFAZ TERSIMPAN : abg ard
FASILITATOR : 23 ORG (Penuntut IPG,ACMS,KITAB & Matrikulasi Pulau Pinang)

Keindahan Bersama Adik Kasih

Cerita Penuh : http://krjmotivation.blogspot.com/2010/05/kbm-maktab-rendah-sains-mara-kbatas.html


2. KBM KOLEJ KOMUNITI WILAYAH SATU


KEINDAHAN BERSAMA MU (VERSI IPT)


TARIKH : 20 & 21HB MAC 2010
TEMPAT : ENGLE PARK RESORT,PERLIS.
PESERTA : 121 ORG
PENGENDALI : PAK LANG,ABG LONG,ABG ARD,ABG UDA,ACHU,KAK ASMA',KAK SUMI
FASILITATOR : 15 ORG
ANJURAN : KOLEJ KOMUNITI WILAYAH SATU.(gabungan Kolej Komuniti Utara)



Banner yg besar utk menyambut ketibaan semua peserta kolej komuniti Utara.

Banting setiap jalan masuk ke tapak kem.

Pengendali dan fasilitator yang bersama memberi sumbangan.

Cerita Penuh : http://krjmotivation.blogspot.com/2010/03/keindahan-bersama-mu-versi-ipt.html


3. KBM SEK MEN (A) AL MASHOR (P) P.PINANG


KEINDAHAN BERSAMA MU (VERSI REMAJA)


TARIKH : 26 & 27 HB FEB 2010
TEMPAT : SEK MEN AGAMA AL MASHOR (P) PULAU PINANG.
PESERTA : 170 ORG
IBUBAPA : 90 ORG
PENGENDALI KMKY1 & 2: KAK SUMI & KAK ASMA'
PENGENDALI INTEAM : MAK CU & ABG LONG
PENGENDALI MAM 1 : ABG UDA
PENGENDALI MAM 2 : ABG ARD
KINI DAN HIJRAH : ABG ZUL & KAK SUMI
BERSAMA IBUBAPA : AYAH CHUT
MENYEMAI KASIH MENUAI SAYANG : ACHU

FASILITATOR : 17 ORG



FASI-FASI YG MESRA
ADIK KASIH SEDANG KUSYUK MENDENGAR CELOTEH ABG LONG


Cerita Penuh : http://krjmotivation.blogspot.com/2010/02/kbm-sek-men-al-mashor-p-ppinang.html